Friday 21 September 2012

Yang Tersayang


Di sini, aku mengarang buat kau yang tersayang.
Di kejauhan aku pohon Maha Penyayang moga jagakan kau yang tersayang.
Ini kosa kata tak cukup cemerlang buat syahdu lena kau yang tersayang.
Tapi, tiap detik yang terbarai antara aku dan kau, aku isi dengan makna makna yang pernah kau bikin buat yang tersayang.
Malam ini, malam lalu dan mungkin malam akan datang aku perlu biasa tanpa kau yang tersayang.
Cuma biarkan aku jadi kuat bila kau hilang dalam kabus tuntutan hidup kau yang tersayang.
Aku sentiasa di sini, dekat dengan kau yang tersayang.
Biar lencun renyai hujan, biar bersiram ribut taufan, biar berdebu semesta alam, aku tegar mahu kau lihat aku masih seiring bersama kau yang tersayang.
dan kau langsung menyulam senyum dari sana hingga aku terasa di sini dalam hati kau yang tersayang.




Sincerely,
Me.

No comments:

Post a Comment

Do leave your comment.
I thank you.

.Tiap cantuman aksaraku dan seisinya adalah yang terpinjamkan dariNYA.