Sunday 23 September 2012

Dengar


Ceritanya tanpa jalan
Tidak juga bersempadan
Tersasar tiada garis paduan
Telinga pun aku tadahkan
Biar terbit sedetik senyuman
Kerana itu aku dengarkan

Biarlah. . .
Kita bukan dalam dunia dia
Sekitarnya beda. . .
Cuma samanya kita
Ciptaan yang punya rasa
dan dia juga punya kuasa

Pinjami dia rasa itu
Andai pada waktu yang sesuatu
Tercatat kita pada kasut itu
Baru kau tahu. . .
Nafas hapak yang kau hidu



Sincerely,
Me.




No comments:

Post a Comment

Do leave your comment.
I thank you.

.Tiap cantuman aksaraku dan seisinya adalah yang terpinjamkan dariNYA.