Thursday, 30 August 2012

Belum Sempurna



Dikuis kuis becak itu lagi
Lencun keruh hingga buku lali
Masih dongak berdiri
Menghadap awan tinggi
Moga pelangi sedia mengganti
Bila bila masa
Asal masih sudi

Dikatup mata erat erat
Buat disuci secangkir garis likat
Galur semalam yang kesumat
Dari situ tapak semangat
Yang hari ini masih selamat
Masih.

Dibuka mata luas luas
Melirik dengan puas
Seisi ruang yang masih bernadi
Walau berdarah di bawah panji
Walau ikan berpindah nyawa
Hari ini masih bebas sejahtera
Ya, masih.

Andai cogan itu senyuman
Aku masih boleh tersenyum
Walau sedikit sumbing
Ya, masih boleh.



Sincerely,
Me.

No comments:

Post a Comment

Do leave your comment.
I thank you.

.Tiap cantuman aksaraku dan seisinya adalah yang terpinjamkan dariNYA.