Sunday 2 September 2012

Prosa Kontot




Walau bulan dilindung awan gelita
Kita masih pandang pada langit yang sama
Biar jauh bersaksi di suargaloka
Asal dekat terkesan di atma
Buat peneman kala melara
(tak siap lagi. jika punya masa, ia akan)

Selesai :

Pesonanya bulan serupa indahnya sutera
Walau ia dilindung awan gelita
Cahayanya seperti selalu rasa tanpa raba
Lalu terus pandang ke sana
Kita masih di bawah langit yang sama
Biar jauh bersaksi di ruang suargaloka
Asal dekat terkesan di atma

Harap kita selalu yang indah saja
Mahu bulan jatuh ke riba
Mahu ayam dibawa ke kepuk
Mahu hujan bunga di Kuala Lumpur
Mahu juga sejuk luruh segala
Biar puas tiap penjuru hendaknya

Tapi,
Kan janjinya tiap lukisan pada kanvas
Mahupun papan lukis
Figuranya tak mesti seri beragi
Landskapnya tak mesti rapi berseni
Tiap satu punya darjatnya sendiri
Semua terpulang pada asalnya diri
Moga aman mencerna isi



Sincerely, 
Me.




No comments:

Post a Comment

Do leave your comment.
I thank you.

.Tiap cantuman aksaraku dan seisinya adalah yang terpinjamkan dariNYA.