Monday 27 August 2012

Cenderajiwa II

Aku juga tak fasih bahasa jiwa
Apa lagi mahu bersuara
Pergi dan bisik pada kamu
Dan itu bukan kepunyaan aku

Norma aku cuma begini
Diam dan terus lalu
Buka dan terus laju
Karang buat kamu

Cenderajiwa ini dari Maha Hebat
Istimewa buat aku dan bait keramat
Sebab aku tak punya lain
Cuma pinjam segala
Tiba masa tiada apa

Tak tahu berapa daya bertahan
Moga sempat aku karang seluas dunia
Buat karya terindah Maha Kurnia
Selama ada hembus raga
Terpulang pada rasa
Untuk pejam dalam baldu
Untuk celik dalam sendu



Sincerely,
Me.

No comments:

Post a Comment

Do leave your comment.
I thank you.

.Tiap cantuman aksaraku dan seisinya adalah yang terpinjamkan dariNYA.