Sunday 15 December 2013

Hiduplah Nyawamu Sampai Syurga

Kau tahu,
Aku jadi takut kalau
Tuhan kasi aku bahagia.

Aku takut kalau kalau dia rembat
antara alasan alasan aku
untuk terus berdegup.

Masa itu
Takkan ada satu manusia pun
Yang mampu mengempang
Deras sungai sempitku

Takkan ada.

Kerana
Yang sepatutnya ada itu

Tiada.

No comments:

Post a Comment

Do leave your comment.
I thank you.

.Tiap cantuman aksaraku dan seisinya adalah yang terpinjamkan dariNYA.