Thursday 8 November 2012

Pasakkan

aku memeta diri
pada mukim cipta sendiri 
buat melayar kecintaan memeri
yang kitarnya tak teracuhkan

mahuku semata
jauh dari lazimnya pandang
biar kita dengan kita
hanya kita
berdua
menyabung jiwa

dan
jangan sayang
jangan merusuh hatimu
tika mereka cuba mencatu

kerana
aku selalu teguh memaut genggammu
paling erat.


Sincerely,
.Me.

No comments:

Post a Comment

Do leave your comment.
I thank you.

.Tiap cantuman aksaraku dan seisinya adalah yang terpinjamkan dariNYA.