Friday, 19 October 2012

Perasa

Jangan soal tentang rindu milik aku
kau tak perlu soal samada aku rindu sama kau atau tidak
Sebabnya selama mana kau tak soal tentang itu
Selama itu ia milik kau
Selamanya.

Bila mana kau mula soal tentang rindu
Hati aku mula soal diam diam sama rindu
dan mungkin rindu tak lagi namanya rindu
mungkin cuma sekadar ingatan
Ingatan.

Rindu ini kau tak perlu soal
Tapi perlu untuk kau rasa
Resap molek dalam jiwa
atau paling paling kau nak nyata
cuma nyata.
Aku rindu kau.
Cukup.
Jangan soal.
Jangan.

Atau rindu boleh bikin banjir sebening pandang?
Ya. 
Aku juga begitu.
Sama macam rakyat jelata yang rata ratanya punya rasa
Tapi mampu kita hanya pada bisik
Sayup sayup.
Aku lega begitu.
Lega.

Maka 
Aku cuma punya kudrat untuk ini dalam sembap yang bersaki
Aku percaya pada Dia.
Terlalu percaya.
Langsung aku tadahkan amanah ini untuk Dia.
Moga moga Dia titipkan salamku ini.
Titipkanlah.
Kabulkanlah.


Sincerely,
.Me.






2 comments:

Do leave your comment.
I thank you.

.Tiap cantuman aksaraku dan seisinya adalah yang terpinjamkan dariNYA.