Thursday 2 August 2012

Jangan Lupa Namaku

Sahur jemput aku
Aku datang 
sekadar berbasa basi
kusut selekeh sememeh
hati kata 
mahukan barakah
aku gagah

itu ini
sedikit sedikit
janji terisi
harap harap boleh bikin 
tenaga berganda
aamiin--

hidupkan suara tivi
bernyawa
mohon terus berkhidmat
dengan cemerlang
terdengar ini--
halwa telinga



Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku


Kerana
Aku mengingati mu
Kerana
Aku mencintaimu


Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur


Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati


Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan


Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati


Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati


Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa menyintaimu


 


No comments:

Post a Comment

Do leave your comment.
I thank you.

.Tiap cantuman aksaraku dan seisinya adalah yang terpinjamkan dariNYA.