Wednesday 1 August 2012

Bagi Makan

Ini tentang--
ibu, aku dan makanan
lain daripada ini
bukan di sini
entah di mana mana
aku pun tak tahu
mungkin di kocek masing masing
agaknya--

Seorang ibu--
akan diam perhati 
apa anak dia suka makan

Sekali lagi--
ini hanya kisah 
seorang ibu
seorang aku dan 
beberapa makanan




Musim Snickers--
tanpa diminta pun
soalan akan ditanya 
semacam ini :
"Nak, mahu ini?"
tanpa kata
senyum sikit
coklat tadi
selamat dalam raga
ibu ada dalam hati

Kadang--
bila aku sentiasa
dalam hati ibu
tanpa aku di tepi
ingatan ibu  
terus pada Snickers
terus dibelinya
selalu--

Tapi--
lama lama
selalu selalu
benda yang sama
macam mana nak hadam
muak--




Musim biskut gandum--
Berkotak kotak dalam troli
Labur pun mesti 
berkeping keping merah, biru, hijau
cantik susun, kemas
di meja makan
susun ikut perisa
coklat, buah buahan, hazelnut

Tapi--
lama lama
selalu selalu
bila diam pun
masih ada susunan baru
yang tak surut surut
macam mana nak hadam
muak--





Musim jajan--
Galak memilih membeli
BBQ, keju, ayam
Segala mak nenek yang
tak boleh makan 
masa berhingus meleleh
selekeh
semuanya dipeluk erat erat
dimasuk dalam raga
ibu perhati lagi

Tapi--
lama lama
selalu selalu
pandang pun 
tak nak dah
lalu sebelah pun
tak kenal dah
macam mana nak hadam
muak--

Sekarang--
tengok, paling dan blah
tengok, paling dan blah
bukan aku--

Ibu ajar--
makan sampai muntah muntah
lepas tu
diam tak meminta
senang tak merasa
semua sudah dirasa

Sekali lagi--
ini hanya kisah 
seorang ibu
seorang aku dan 
beberapa makanan





Take Note : 
Ini cara ibu milik aku. Makanlah segala sampai sebu. Kau akan diam bila tiba waktu. Tak mahu lagi ini dan itu.


No comments:

Post a Comment

Do leave your comment.
I thank you.

.Tiap cantuman aksaraku dan seisinya adalah yang terpinjamkan dariNYA.