Tuesday 5 June 2012

Kekanak Gema




Psssttt... Jom story mory sikit jom.

*****

Ada seorang kanak-kanak yang tinggal di Kampung Kenang. Kanak-kanak ini berjalan bersendirian di dalam hutan. Entah berapa lama dia berjalan, dia tak pasti tapi bila dia sedar, dia telah pun sesat. Lalu, dia pun memarahi dirinya kerana mengikut kata hati dan kakinya. Kaki pun berkata-kata eak? Heh! -_-" Apalagi, dia pun menangislah dan menangis dan menangis. Lama kelamaan dia berasa letih dan duduk berehat. Akhirnya kekanak itu dapatlah satu idea. Dia mesti menjerit sekuat hati. Tentu orang akan mendengar jeritannya dan menyelamatkannya. Lalu lagi sekali, dia pun menjerit menghala ke gunung yang terdapat di Kampung Kenang yang indah permai itu.

"Tolong!"

"Tolong!"

Kemudian dia berhenti. Lama dia berfikir. Selepas itu, dia jerit lagi sekali. Sekali lagi dia terhenti.

"Kenapa dia berhenti? Dia penat ke?"

"Eh! Taklah dia kuat."

Kekanak itu terkejut kerana setiap kali dia menjerit, setiap kali juga ada orang mengajuknya. Bergema pula. Apabila dia berhenti, orang itu pun berhenti. Selepas dia diselamatkan oleh orang kampung yang terdengar jeritan itu, dia pun berlalu menuju ke rumahnya. Dia masuk je dalam rumah, terus dia story mory kat umi dia.

Umi kata macam ni :
"Itu suara gema. Tapi, sebenarnya setiap yang Allah jadikan ada hikmahnya. Kamu tersesat kerana Allah ingin memberi kamu satu pengajaran di sebalik gema itu."

Kekanak tu kata :
"Pengajaran apa umi?"

Umi tanpa tergagap-gagap :
"Kamu mesti ingat setiap apa yang kamu lakukan pada orang lain sebenarnya kamu bercerita tentang diri kamu sendiri. Kalau kamu kata orang tu pemarah, sebenarnya kamu juga adalah seorang yang pemarah. Kalau kamu kata orang tu jahat, kamu juga adalah jahat sepertinya. Kalau kamu baik hati, balasannya adalah kebaikan juga. Jadi, kita mesti bersikap terbuka, telus dan baik supaya balasannya baik juga."


Take Note :
Bukannya ku tidak suka sama kamu. Tapi aku takut hidup kau kan sengsara. Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain.


No comments:

Post a Comment

Do leave your comment.
I thank you.

.Tiap cantuman aksaraku dan seisinya adalah yang terpinjamkan dariNYA.