Friday 1 June 2012

Kelabu

Best kan cover dia? :)
Novel ni aku beli since aku dapat voucer RM 200.00 untuk student diploma. Perlu ke mention yang aku ni diploma? Heh! Ignore. Apa lagi, dengan kadar segera ajaklah geng pergi kedai buku. Of course lah pergi POPULAR kan??

Sebab pertama : Banyak pilihan terutamanya buku lah kan.
Sebab kedua : Boleh beli macam-macam segala mak nenek yang ada dalam tu :') Bunyi macam kaya raya nak beli POPULAR kan. Tak sedar diri dapat voucer. :p
Sebab ketiga : POPULAR kan macam mahal. So, bila lagi nak berlagak macam orang kaya shopping  buku percuma :')
Sebab keempat : Boleh buat kepala pening dan boleh menghabiskan masa dengan jayanya. Pergi rak sana. Ambil buku. Then, letak balik. Pergi rak yang kat situ pula. Kan?? Banyak habiskan masa sebab nak pastikan yang voucer ni digunakan dengan cemerlang.
Sebab kelima : Tempat yang selesa untuk ke hulu dan ke hilir mencari barang or buku pujaan hati :') Sebab tempat tu berhawa dingin dan besar juga.
Sebab keenam : Ada jual coklat dan minyak wangi. Pun termasuk dalam voucer.


***********
Kelabu ialah salah satu novel yang aku beli pada hari pertama pembelian di mana berjaya menghabiskan voucher sebanyak RM 50.00 sahaja berserta komik-komik dari Gempak Starz. Gila bajet kan? RM 50.00 je guna. 

Sebab pertama aku beli novel ni : Cover dia yang aku rasa simple but nice. Kan?? Aku kalau beli novel selalu tengok cover dia je. Kalau cantik, OK. Aku on.
Sebab kedua aku beli novel ni : Kan dia ada macam gambar terbalikkan. Aku mengharapkan bila orang lain tengok aku baca novel ni. Dorang akan tegur macam ni "Kak, nampak EX- BF ke?? Baca buku pun terbalik." dan aku pun akan balas semacam ini "Oh! Ye ke? Nah! Pinjamlah dulu. Baca then pulangkan balik."
Sebab ketiga yang tak berbelah bahagi : Aku tak pernah baca novel under "jenama" FIXI.

Cukuplah tu tiga sebab daripada 1st impression aku pasal buku ni. Tak buka lagi story-mory kekandung novel ni.

Bila dah koyak plastik novel ni dan start baca 1st chapter...

.Tak menyesal.
.Best.
.Bila dah baca satu muka surat mesti nak baca next page.
.Bila dah ngantuk akan rasa macam ni:
- Cepatlah pagi esok. Sedar je dari tidur dan tak gosok gigi. Sambung baca.-

**********************************
Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan?

**********************************

Kekandung dia :

Pertama : Jalan cerita yang sangat dramatik.
Kedua : Perwatakan watak dalam novel ni sangat charming dan akan buat kita berfikir sejenak. Sejenak je ok. Ada ke orang macam Shah (salah satu nama watak) ni dalam dunia realiti. 
Ketiga : Cara main character berdepan dengan masalah dan solve mengikut cara dia sendiri.
Keempat : Penggunaan perkataan dan bahasa yang cool dan rasa dekat dengan diri pembaca. Tak skema macam novel-novel lain.
Kelima : Pengaruh watak sampingan pada watak utama.
Keenam : Tak banyak sangat kisah cinta sebab watak utama heroin berwajahkan hero or hero berwajahkan heroin :')
Ketujuh : Ending yang memerlukan kita untuk berfikir sejenak sekali lagi dan bermain teka-teki. :')


***************************************************
Boleh tak nak cakap dan sebagainya lah. Tak larat nak taip dah. Bai. :')

***************************************************


The penulis of Kelabu :')



Take Note : 
Chronicle Gincu 4 Amigos is on the way :')


No comments:

Post a Comment

Do leave your comment.
I thank you.

.Tiap cantuman aksaraku dan seisinya adalah yang terpinjamkan dariNYA.