Wednesday 6 May 2015

Harum Cahaya

Aku mahu menulis tentang
Setiap hidup yang terlukis
Bersandar pada bahu awan
Bersembunyi dalam riba bulan

Perlahan kau mengharum hadir
Menyulam mekar menenun syair
Di larik cahaya mengejut sepi
Datang mengucupi rapi

Tiap hela yang terhembus ketika ini
Demi apa yang kita susuri
Sekarang mahupun akan datang
Buat belahan jiwa penuh erti
Indah mewangi.

08 April 2015
01:02

No comments:

Post a Comment

Do leave your comment.
I thank you.

.Tiap cantuman aksaraku dan seisinya adalah yang terpinjamkan dariNYA.