Wednesday, 22 October 2014

Seorang



menjadi rindu yang berseorangan
-serupa senja menjingga kaki langit
sekejap.
-sarat indah yang selepasnya perit

menjadi rindu yang berseorangan
-serupa parti mewah ramai tamu
meriah.
-tetapi tanpa kamu

menjadi rindu yang berseorangan
-serupa salji tanpa baju sejuk
menggigil.
-dan tiada unggun api memujuk


No comments:

Post a Comment

Do leave your comment.
I thank you.

.Tiap cantuman aksaraku dan seisinya adalah yang terpinjamkan dariNYA.