Wednesday 22 October 2014

April Ogos



Hai sayang
Aku ini masanya makin sarat
Memenuh ruang dengan kerja
Ada masa aku ini tiada
Mahu menjadi setia seperti tangan
Yang sentiasa di sisi

Hai sayang
Hari ini kasih sayang aku
Masih meriah bercambah
Hari ini aku masih menulis demi kamu
Mengisi lompong lompong rindu
Yang cuba menyembuh sedaya mungkin

Hai sayang
Ini adalah hadiah yang paling aku mampu
Dari kekasih kepada kekasih
Yang kau tak akan dapat dari sesiapa
Yang menulis segalanya tentang kita
Untuk kau rasa dihargai

Hai sayang
tulisan aku tak punya simile -metafora indah
100 tulisan sempena 100 hari menuju hari lahirmu
dari april hingga ogos aku menghimpun tiap satu
Adalah perkara paling tak terjangka aku hidangkan
Ia tak sehebat mana tapi cukup menghadir makna
Bila aku tiada


No comments:

Post a Comment

Do leave your comment.
I thank you.

.Tiap cantuman aksaraku dan seisinya adalah yang terpinjamkan dariNYA.