Wednesday 22 October 2014

10 helai



Setiap helai adalah aku
Yang hidup dalam separa kamu

Setiap helai adalah aku
Yang memeluk gigih menulis tiap waktu

Setiap helai adalah aku
Yang tak punya apa selain pen dan kertas baru

Setiap helai adalah aku
Yang menyusun perkataan dalam bentuk paling ratu

Setiap helai adalah aku
Yang menyanyi lirik kita tak jemu

Setiap helai adalah aku
Yang mencatit seratus momen bersama bayu

Setiap helai adalah aku
Yang rimbun teduhkan jasad itu

Setiap helai adalah aku
Yang meluah rasa dari kalbu

Setiap helai adalah aku
Yang tak reti menidakkan rindu

Setiap helai adalah aku
Yang mahu detik ke hari lahirmu menjadi sebuah buku


No comments:

Post a Comment

Do leave your comment.
I thank you.

.Tiap cantuman aksaraku dan seisinya adalah yang terpinjamkan dariNYA.