Wednesday 15 January 2014

Syurga Dunia

Kalau beginilah caranya Engkau memperkasa aku, aku rela.
Tapi jangan Engkau biar sedetik pun aku keseorangan cara.

Kalau beginilah caranya Engkau merindu aku, aku rela.
Peluklah aku erat erat dengan Maha Kasihmu.

Kalau beginilah caranya Engkau meruang pahala buat aku, aku rela.
Tabahkanlah aku menghadap nyata dengan sejahtera.

Kalau beginilah caranya Engkau membalas dosa dosaku, aku rela.
Maka, papahkanlah aku erat menuju liku denaimu Ya Rabbi.
Ampunkanlah aku.
Ampunkanlah aku.

Pedih ini aku tahan
hingga separuh nyawa
Melihat syurga aku menahan resah
Bahawa apabila dia buka mata nanti
Semua dah tak serupa

Tak apa
Pejamlah syurga
Tenanglah nyawa
Aku kan ada

Mari aku genggamkan jemarimu
Hingga dingin menjadi hangat
Hingga lemah menjadi kuat

Sini
Kita baring berdua
Peluk bersama
Kita kesat sama sama

No comments:

Post a Comment

Do leave your comment.
I thank you.

.Tiap cantuman aksaraku dan seisinya adalah yang terpinjamkan dariNYA.