Monday 9 December 2013

Sirap Berjantung Selasih



Kepunglah aku dengan bahagiamu
Aku mahu jadi sebahagiannya
Dari rantaian kepungan itu
Dengan kamu menjadi saktiku
Memantera sekalian cela yang mendesah
Memujuk seantero kelam yang dalam
Mengusir sepelosok karat yang sarat
Sehingga aku ini
Reti mendongak langit
Menghadap mimpi
Teruslah di sisiku kekasih
Aku belum mahu jadi tersisih
Antara sirap dan selasih
Menyejuk kala didih menyilih
Eh!


No comments:

Post a Comment

Do leave your comment.
I thank you.

.Tiap cantuman aksaraku dan seisinya adalah yang terpinjamkan dariNYA.