Saturday 12 October 2013

Syurga



Tumitnya sudah keras
kian nampak rekahnya mengelupas
jelas.

Telapak itu yang menampung
jumlah jisim yang terkandung
dalam ruang kantungnya
dulu; pada suatu masa
ada detak halus merapi janji Tuhannya
ada denyut santun menghuni susuknya

telapak keruh itu-
ada syurga.
ada syurga.
ada syurga.

Peluk-cium penuh cinta bonda
kerana menyatakan aku.
memilih aku dihidupmu
memanja aku diribamu




No comments:

Post a Comment

Do leave your comment.
I thank you.

.Tiap cantuman aksaraku dan seisinya adalah yang terpinjamkan dariNYA.