Wednesday 25 September 2013

Belum Mahu


kamu
jalanlah pergi
teruskan apa yang dirasa pasti
jangan aku dicari lagi
apa sudah ku beritahu bahawa
tiada pernah hatiku buatmu
berapa kali sudah ku ulang kata
betapa enggan hatiku untukmu

kita sekadaran berkenalan
dan waktu antara kita yang terpunya dulu
kamu salah sangkakan
hingga kuntum itu merebak selesa di tamanmu
dijirus sering menjadi mekar kembang mengharum

kamu
maaf aku lakukan ini
untuk biar kamu menghadap nyata
bahawa perasaan ini 
tidak mudah mahu dipaksa paksa
bahawa perasaan ini
bukan senang mahu diacah acah
bahawa perasaan ini
cukup memuat kamu sebagai teman

bukan tak pernah aku menyimpan genang buatmu
bukan tak pernah aku ternanti nanti datangmu
bukan tak pernah aku terintai intai senyummu
bukan tak pernah aku resah melihatmu
dibuli kasih si bunga tahi ayam
bukan tak pernah
cuma aku senyapkan
tak mahu kamu bernanah
ketika si bunga yang sedang 
kamu jatuh kasih itu
membulimu bersama tahi miliknya

dan satu saat
bila namamu muncul di skrin sesentuhku
aku hingganya buntu
mati kutu
apa perlu aku laku?
apa perlu aku jawab?

lalu 
aku memaksa diam geriku
belum pernah terputus asamu 
menjengah celah liang nafasku
hingga hari ini aku menulis
tentang namamu
moga moga jauh merah
di ufukmu. 

katalah apa saja
aku sudi tadahkan 
hingga nanti bukan aku 
yang kau rasa perlu

mendepanlah mencari bahagiamu
hingga nanti kau yang merasa diperlu
pada pasang tangan yang sudi
meraih tiap sudut kasihmu 

mendepanlah teman
namamu ada di sini
berlegar legar di dalam ini
mencari serasi.


No comments:

Post a Comment

Do leave your comment.
I thank you.

.Tiap cantuman aksaraku dan seisinya adalah yang terpinjamkan dariNYA.