Saturday 9 February 2013

Review I : Adiksi Puisi

Adiksi.
Aku juga adiksi
pada kecintaan punya aku.
Cuma.
Tiapnya.

*****
Kita ini,
selalunya ADIKSI,
Pada apapun,
Yang membawa,
Luka pergi.
Aku,
- PUISI.

(muka terkebelakang ADIKSI PUISI oleh eri tadzri)

*****
Hasil pengkajian semula :

Aku kira kalau dia (penulis) bilang ini karya kecil. Aku bilang ini karya besar sebabnya ini langsung dijilid dari hati. Tulisnya aku dapat rasa. Sekitar susun katanya kemas. Tiap lajur untainya bersangkutan / bersesuaian. Bahasanya mudah dicerna / dekat di hati.

Antara empat puisi paling cun yang aku pangkah :

1. Bersama Aman - sebab bila aku baca, aku macam senyum terapung apung sambil pandang langit. TING! Keluar awan awan indah di khayalku. :)

2. Kau Lebih Dipilih - sebab bila aku baca masa hujan, aku macam ditisu tisukan. "Oh! Lelaki tegar itu. Mari ke mari."

3. Demi - sebab bila aku baca dalam selimut. aku rasa mahu terus capai gagang telefon dan. . . errr. . . ;)

4. Mencapai Jelingmu.

Buat tiga puluh empat puisi terhimpun, tahniah aku ucapkan. *sambil tepuk tangan tiga puluh empat kali. Aku suka juga tiga puluh lagi puisi yang lain. Jangan bimbang.

Lagi satu, dekat isi kandung kalau letak muka surat lagi ummphh!

Sincerely,
.Me.


No comments:

Post a Comment

Do leave your comment.
I thank you.

.Tiap cantuman aksaraku dan seisinya adalah yang terpinjamkan dariNYA.