Thursday, 15 November 2012

Suka suka

Untungnya aku ini--
gemar taip taip mengisi ruang
lalu jadi sebuah 
maka
tiap rasa yang terkandung
terluah

itu cerita sebuah yang jadi
yang berbuah buah tak jadi--
aku pedulikan 
taip taip dan simpan
pada satu petak belum beres
tapi jarang menjenguk
sebab aku hilang rasa 
untuk sambung tekan picu
mood mencicit lari
tak terkuat aku nak kejar
lalu aku biar melepas

aku bikin baru ikut rasa
taip suka suka
jadi sebuah suka mungkin.
bila baca baca rasa tak kena selera
aku ubah sikit patah kata
jadi sebuah.

kalau hari itu aku rasa melimpah
aku bukan kira
aku luah sampai langsai
sampai segalanya selesa
lega.

Sincerely,
.Me.

No comments:

Post a Comment

Do leave your comment.
I thank you.

.Tiap cantuman aksaraku dan seisinya adalah yang terpinjamkan dariNYA.