Friday 2 November 2012

Sekuel Malam Tadi II

Ini sekuel dari puisi Malam Tadi

Larut ini lali melebam alam lagi
dan pasangnya deru mendingin
sedaya cuba memvaksin toksin terkandung
kiraku ini imbangan paling sempurna
buat mendodoi nyaman lenaku
sedari terdengarkan riang memecah
dari kau yang benarnya
selama ini mendiam turut

dan ku mohon cuma satu sakti
buat mengimun sekalian detik
biar aku nikmati
dalam kejap pejam rapat
dekat rangkul hangat erat
dan aku masih berharap
detik itu sepicing menghenti

selepas itu
akan ku pulang kirikan sakti itu semula
pada pemberi pinjam
untuk aku lipat bentuk
dalam momen menyusun

Sincerely,
.Me.






No comments:

Post a Comment

Do leave your comment.
I thank you.

.Tiap cantuman aksaraku dan seisinya adalah yang terpinjamkan dariNYA.