Friday 12 October 2012

Selamat Hari Lahir!


Dari pandang suram dalam rumah, aku dengar bunyi enjin di celah gelap langit. Ulang ulang. Bimbang aku kiranya ada yang sedang merancang jitu tempat mana nak dituju hambur.  Ini imaginasi terlampau kesan daripada filem filem Hollywood yang tertonton atau daripada bahan bahan bacaan yang tersingkap pun tak dapat nak dihidu. Dan yang nyatanya aku gundah dengan status dunia sekarang. Kacau. Mengeluh pun tak pernah reda. Kalau ye pun, tunggulah aku kahwin dulu. Merasa se, dua anak pun dah cool sangat tu.

*****
Nyamuk makin banyak. Siap turun bawa geng. Sebatang hidung dia pun aku tak terpandang sejak tadi. Puas dah meliar mencuci apa yang patut dicuci. Semua yang terlewati pada pandang aku rata ratanya boleh tahan kacak. Kecualinya dia yang tak pernah kacak. Tak pernah. Sebabnya aku beritahu kemudian. Ok! Aku dah dengar nyamuk sendawa kenyang. Macam celaka. Janji tak ditepati. Paling pantang nombor satu.

Janjinya pukul 8, mahu jumpa borak makan makan di Medan Selera City Mewah. Warung nombor dua dari lorong masuk utama, meja nombor dua dari sisi kanan pentas live band dan tema pakaian adalah bebas. Aku sedari tadi mengawal keayuan tahap inderaloka bertemankan peluh rimas bertshirt putih Si Elmo merah dan jeans berona biru lusuh. Oh ya! Berselendang merah beragikan paisley bertona campur tapi masih punya padanan. Abaikan dendangan enak live band pucuk muda itu yang langsung tak punya carta dalam hati aku dan aku terus. . .

"Wey! Kat mane ha? Empat puluh tiga minit dah aku tunggu! Macam babi la!"

Skrin sentuh itu aku sentuh tiap abjadnya dengan kumat kamit keramat yang  tercipta sekejap tadi untuk dia. Khas dan ikhlas tak terlindung. Telefon bimbit mula bergetar tanda mula memberi balas khabar. Profil bunyi telefon bimbitku telah ditukar sebelum bergerak ke lokasi empat puluh tiga minit yang lalu agar ia tak mengganggu konsentrasi kedua belah pihak berkomunikasi. Murni kan niat aku? Tapi. . .

"Otw. Tunggu jap. Lebam dah ke? Panggillah mana mana babi ajak teman. Hahaha."

Aku pun tunggu apa lagi. Membabi buta aku berjalan kaki menyeberangi dua set laluan satu hala tanpa berjejantas pulang ke rumah. Umpamanya, satu set laluan mempunyai dua link dan masing masing menuju ke utara dan selatan. Ya. Memanglah dekat dengan rumah aku tapi janganlah cuba mempermainkan masa aku dengan jahanamnya. Aku pun tanpa berfikir panjang, dengan berlenggang kangkung menyeberangi jalan tersebut tanpa berjejantas. Ah! Peduli pula aku dengan lajunya pacuan milik kalian nak dibanding dengan amarah aku yang menggila ni? Silap besar!

Sebaik sampai di kawasan perumahan, aku terus cabut selipar cabukku dan sarung di tangan kanan dan kiriku, lalu berlari selajunya pulang ke rumah. Takut juga aku dikejar anjing anjing yang berpeleseran di kaki kaki lima ini mengganas. Ya lah. Seorang perempuan bersendiri pada satu hening malam. Tak jauh pun aku lari. Dari kaki lima Lorong Samosa tu lebih kurang lepas tiga rumah, sampailah di rumah aku. Semuanya memang tak jauh. Tapi, meraung jugalah kalau dah dicelakakan sebegini rupa.

Aku tekad. Sesampainya aku di rumah, aku akan terus masuk ke bilik tanpa menegur dan memandang sesiapa pun. Walau sekilas. Ulang bacaan. Walau sekilas. Pagar dibuka selaknya dari luar untuk meloloskan aku memasuki rumah setingkat itu dan kembali diselak. Selipar cabuk dibiarkan. Pintu dikuak dan nasib baik tidak dikunci dari dalam. Perjalanan semakin lancar. Tunduk dan terus lalu seperti tekad asalku.

Fuhhh! Lega. Lancar. Humban terus tubuh ke katil empuk. Empuk hingganya aku terlena kecapetan tanpa aku sedar telefon bimbit bergetar dalam genggamku disebabkan tidur yang terlampau mati berbunyi begini :

"Syg, I dah sampai. Lama dah. Mana u?"

Seusai lelap yang mencuri masa selama empat puluh tiga minit lagi secara kebetulannya, aku cuma membalas dua patah kata.

"Pegi mam!"

dan cumanya dia bikin balas satu patah kata sahaja.

"Ok."

Biarlah dia rasa apa yang aku rasa lapan puluh enam minit yang lalu campur dengan lima belas minat berjalan pulang ke rumah. Jumlahnya seratus satu minit. Berdekah dekah kejam aku dalam hati dan ketahuilah bahawasanya aku sangat lapar. Tiba tiba pandang siling dan keluar awan awan ciptaan di dalamnya terkandung char kuey teow dan bandung cincau warung tadi. Aku harus keluar dari kepompong ini atau aku harus pengsan menahan lapar? Malu nak keluar sebab belagak sombong sangat tadi. Aku buka sedikit ruang pintu untuk mendengar sekilas di luar. Sunyi dan terasa selamat. Aku keluar. Meluat dengan keputusan sendiri. Naya je kalau angin mula menyeludup masuk dalam tubuhku. Longlai satu hari.

Sejenak terlangkah keluar. . .

"Suprise!!!"
"Happy Birthday to you. Happy Birthday to you. Happy Birthday to Adra. Happy Birthday to you."

Ada suara ibu. Ada suara ayah. Ada suara adik adik dan. . . dan. . . ada suara momok jadian milik Fannan. Aku pelik sambil senyum senyum plastik buat buat terkejut. Belon belon yang tergantung diletupkan satu persatu. Konon macam meriahlah. Tapi, memang agak meriah pun. Hampir menjengah dua jam keesokkan harinya, baru nak sambut! Yang aku ni tertunggu tunggu lewat malam semalam. Semua buat tahi je tak nak layan aku. Ya, hari aku menjengah dunia. Hari aku menzahirkan mimpi. Tarikh ini. Dan sekarang, aku perlu kembali kepada mood asal sebab Si Fan penyek tu berani berani pula datang rumah agam aku ni. Cis!

"U, tak terkejut langsung ke? Penat tau I plan ngan ibu ayah nak buat suprise party ni untuk u."

Aku diam dan terus berlalu ke ruang riadah milik kami sekeluarga selalu bercanda petang petang. Padahal dalam hati, jangankan terkejut, terharu pun ye. Rasa nak dakap sorang sorang penuh kasih. Ibu ayah pula memanggil Fan sambil membuat isyarat mata dan muncung itik seinci ke arahku sekaligus menjemput Fan makan setelah berpenat lelah sepanjang aku sendirian bermonolog hati di warung City Mewah tadi. Fan tidak terus menjamah bahagiannya malah dihulurkan pula pada aku yang bertekuk lutut sambil menopang pipi kananku di atas kerusi berkayu jati di bawah pergola cengal milik ayah dekorasinya .

"Sayang, u ok? U kata u suke suprise kan? Then, this is for you!!!"

Fan tanpa rasa bersalah dan bahagianya bersorak untukku. Aku tahu dia berusaha keras untuk ini. Aku tahu dia akan buat apa saja demi menagih satu coret senyum sengih tawa dariku. Dia akan sentiasa berada di sebalik semua itu. 


"I sorry. I tak mampu nak bagi u hadiah besar cantik mewah. Tapi, I mampu besar cantik mewahkan kasih sayang I pada u. I mampu bagi detik detik indah untuk kita terus di pembaringan menghadap buruj yang sama bersama."

Aku diam lagi. Buat buat sebu tapi terkesan lembut di satu mukim peribadi. Fan pantas menambah ajinomoto dalam masak fikirnya lantaran aku langsung tak memberi maklum balas.

"Kalau ye pun, makanlah dulu. I dengar perut u kentut kentut dah tu. Tadi keluar pun sebab lapar kan? I nampaklah u serang hendap dari busut busuk u tu. Cepatlah! Mengada ngada nombor tiga. Dah! malas I nak beromantik dengan u. Tak feel langsung!"

Sambil tolak kepalaku. Sudahnya, dahi bertemu lutut. Aku pun bingkas bangun mendapatkan kepalanya yang setengah depa jauhnya dari bahu aku untuk membalas lakunya tadi.

"Ambik kau! Kalau ye pun nak mendajal aku, janganlah sampai menjahanamkan masa masa aku. Kau tahukan itu pantang aku nombor satu?"


Fan mengusap ngusap belakang kepalanya yang ditonyoh Adra sambil mengaduh. Boleh tahan tersengguk kuat juga tadi. Tak pe tak pe. At least, Adra bagi feedback pun dah cukup baik. Bebel Fan dalam hati. Fan terus menyambung balas terbit kata daripada Adra tadi.

"Sebab aku tahulah aku buat. Biar kau menjeruk rajuk sampai kau tak peduli sekitar kau. Baru sukses rancangan aku."

"Kalau aku mati tadi macam mana? Kalau aku kena culik? Kalau aku cedera parah kena gigit anjing gila?"

"Kau takkan selagi aku dekat dengan kau. Tak akan."

"Ah! Kau bukan ada pun tadi gila!"

"Aku ada. Cuma kau sayang. Kau sibuk dengan perasaan gila kau sampai kau tak terkesan hadirnya aku."

Aku mendengus geram. Suara Fan bisik menambah lagi.

"Sepanjang kau tunggu di sana, aku sedang bertungkus lumus di sini menyiapkan segala. Saat kau masuk, aku dah jangka dengan tekad basi kau tu, aku teruskan hingga ini yang kau lihat sekarang."

*****


Segalanya tampak ringkas tapi seantero makna indah dari tiap bucu dunia ini kepunyaan aku saat itu. Sempurna. Terima kasih dari dasar hati moga sampai melalui pandang mata ini padanya. Kau katalah Fan seburuk mana pun, sekali dia kata sayang cinta sama kau. Jangan pernah berani kau tentang atau kau yang rebah dalam mewahnya sayang cinta milik dia. Itulah kacaknya dia tak terbanding. Satu titipnya yang sempurnakan rawanku tiap kalinya, kalau begitulah caranya Adra mencintaiku, maka aku relakan tiap tiap detik itu berlalu. Seratus satu minit dulu yang menggamit aku ke wilayah ini. Selamat menzahirkan mimpi Adra!








11 comments:

  1. maaf hamba baca separuh jalan, panjang sangat la huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali guwa flying kick lu laju laju. Sia sia je. Habiskanlah baca. Nanti boleh kondem mana yang patut. HAHAHA. :D

      Delete
  2. Replies
    1. Faham tak jalan cerita dy? ke macam complicated sangat ke?

      Delete
  3. paham la dear. . boley jd penulis novel nie. .
    bagusss
    hehehhe
    sukaaa

    ReplyDelete
  4. terima kasih. tak fikir untuk sejauh tu lagi. hikhikhik. ;)

    ReplyDelete
  5. ya benar, penantian suatu penyiksaan, dicampur rasa bebal. ganas.
    tapi..
    jika diakhiri dengan pesta yang indah, bebal itu jauh didasar..:"D


    *papepun karya kau memang terbaik..boleh buat buku, novel atau zine...:")

    ReplyDelete
  6. obib! terima kasihlah sudi mengomen ini. jom begabung! HAHAHA.

    ReplyDelete

Do leave your comment.
I thank you.

.Tiap cantuman aksaraku dan seisinya adalah yang terpinjamkan dariNYA.