Saturday 8 September 2012

Sesuatu di antara Waktu

Aku punya sedikit rangkai kata
Buat tautan yang kau fikir tak seberapa
Kalau kau mahu dengar dari aku
Jangan. Aku malu.
Cuma ini terluahnya seorang aku pada seorang kau
Dengan sekelumit memoir dan selembar hati

Terima selayang kasih dari aku
Buat secorat senyum manis bergigi
Buat sekalian terbazir fulus berguni
Buat seluruh terzahir zaman berjanji
dan ini cukup mencakna sanubari

Ya.
Punya sesuatu di antara waktu
yang cukup untuk sempurnakan hari kepunyaanku
Walau cuma sekedip mata dan terus lewati
dan ini janji yang boleh kau dakap sampai mati

.Jika punya kesempatan masa kita langsung ketemu lagi.

*****


HAHAHA :D Memang dua puluh dua lah kan. -_-"

Hai! Her name is Zaleha yang budiman ;)

Kalau nak dapat macam ni, silalah turut berkawan dengan beliau.
This is her buah tangan dan telah bertukar tangan.

Check this out!
Ada sekotak cantik berwarna hati dan rantai helang berkekunci.
How sweet of her ;)

Ok. Ini. Ini yang aku dapat dan ini sangat seberapa.
Walau dengan hanya secebis koran pun, aku masih terima.
Asal mukimnya dari hati ke hati.
Dan ini cukup seberapa bagiku.
Terima kasih ;)

Kandung si kotak berona merah.
Yeay! Nini cokolat celup! celup celup!

Yang berbentuk hatinya sudah aku ngapkan seawal aku membukanya.
Ada lagi lapan belas untuk dikongsi.

Yes! You! You're the magical moments.




Sincerely,
Me.
(selepas satu jam setengah ketemu)

No comments:

Post a Comment

Do leave your comment.
I thank you.

.Tiap cantuman aksaraku dan seisinya adalah yang terpinjamkan dariNYA.