Friday 28 September 2012

Kan Bagus

Kan bagus. . .
Kalau kau dapat rasa macam mana karamnya sebelah perahu yang dirancang
Kan bagus. . .
Kalau kau dapat rasa macam mana keruhnya recik peluh tak terpandang
Kan bagus. . .
Kalau kau dapat rasa macam mana malapetaka hidup cuba rapat bersenda lantang
Kan bagus. . .
Kalau kau dapat rasa macam mana rabak diam ditikam lalu jasad terharung
Kan bagus. . .
Kalau kau dapat rasa macam mana tercemarnya tiap zarah udara yang terkandung
Kan bagus. . .
Kalau kau dapat rasa macam mana sama sama terlaung dalam kedapnya lohong
Kan bagus. . .
Kalau kau dapat rasa macam mana menyeluk jijik selut yang sudahnya kosong

dan. . .
aku mahu lari laju laju
beri kau tumbuk pandu lalu
dan. . .
aku mahu lari lagi laju
untuk lenyap di langit biru




Sincerely,
Me.

No comments:

Post a Comment

Do leave your comment.
I thank you.

.Tiap cantuman aksaraku dan seisinya adalah yang terpinjamkan dariNYA.